PERSATUAN PROFESIONAL KEWANGAN MUSLIM MALAYSIA (MALAYSIAN ASSOCIATION OF MUSLIM FINANCE PROFESSIONALS)
PPM-001-14-12102016
SOSIAL
Kategori
PEKERJAAN
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan Profesional Kewangan Muslim Malaysia (Malaysian Association of Muslim Finance Professional) atau lebih mudah dan biasa dikenali sebagai MFP adalah sebuah pertubuhan yang mengumpulkan semua yang bekerja, belajar, mengajar atau berkecimpung di dalam bidang kewangan, perakaunan, pengauditan, percukaian, perbankan dan lain-lain yang berkaitan.
Maklumat Pertubuhan
VISI: Peneraju Kemakmuran Kewangan Serantau
MISI:
KEBERSAMAAN. Menjadi wadah dan jaringan profesional kewangan Muslim.
KESEJAHTERAAN. Melaksana advokasi dasar awam dan kesejahteraan kewangan dan ekonomi.
KEMAKMURAN. Menyumbang tenaga dan kepakaran untuk pembangunan masyarakat dan negara.
Latar Belakang Pertubuhan
Bermula dengan inisiatif beberapa individu yang berlatar belakang kewangan, akaun, ekonomi, perbankan dan yang berkaitan telah mewujudkan Finance Interest Group (FIG)
Pada 12 Oktober 2016, pertubuhan ini telah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan nama baru PERSATUAN PROFESIONAL KEWANGAN MUSLIM MALAYSIA (MALAYSIAN ASSOCIATION OF MUSLIM FINANCE PROFESSIONALS) : PPM-001-14-12102016.
Syarat-Syarat Keahlian
KEAHLIAN MFP:
Terdapat tiga (3) jenis keahlian:
1.Ahli Biasa
- Warganegara Malaysia,
- Berumur 18 tahun ke atas,
- Beragama Islam, dan
- Berlatarbelakang pendidikan dan/atau kerjaya dalam bidang perakaunan, kewangan, audit, perbankan, insuran, ekonomi, percukaian, urustadbir korporat, perunding syariah, perunding harta dan lain-lain yang berkaitan.
2. Ahli Bersekutu terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria Ahli Biasa.
3. Ahli Pelajar terbuka kepada warganegara Malaysia yang sedang mengikuti
pengajian di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negeri dalam bidang
berkaitan.
PENDAFTARAN: bit.ly/daftarkeahlianMFP
YURAN PENDAFTARAN:
Ahli Biasa RM50
Ahli Bersekutu RM20
Ahli Pelajar RM10
YURAN SEUMUR HIDUP: RM250
YURAN TAHUNAN
Ahli Biasa RM50
Ahli Bersekutu RM20
Ahli Pelajar RM10
Ahli boleh buat pilihan sama ada yuran seumur hidup atau yuran tahunan.
Sila deposit bayaran yuran ke akaun:
PERSATUAN PROFESIONAL KEWANGAN MUSLIM MALAYSIA
Maybank Islamic Berhad
5640-6143-3012
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Mendapat peluang membina jaringan dan kerjasama sesama ahli untuk manfaat bersama, termasuk berkongsi ilmu dan maklumat terkini.
- Meluaskan jaringan profesional dan bisnes, berkongsi sumber dan kepakaran
- Membangun usahasama profesional dan bisnes.
- Menggembleng tenaga dan kepakaran ahli untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara, termasuk berkongsi ilmu dan kepakaran, menawar khidmat nasihat, serta menganjur pelbagaiaktiviti, program dan projek yang bermanfaat.
- Memberi pandangan dan nasihat dalam pembentukan dasar awam dan komentar dalam isu-isu kewangan dan ekonomi tempatan dan antarabangsa.
- Mendapat peluang melaksanakan aktiviti, program dan projek kerjasama yang bermanfaat dengan pelbagai pihak.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/MuslimFinanceProfessionals/ | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | www,mamfp.my |
Telegram | : |