PERTUBUHAN PEJUANG KANSER MELAKA
PPM-023-04-19082020
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN AHLI
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Pertubuhan Pejuang Kanser Melaka (PPKM) bersama barisan ahli jawatankuasa yang dilantik telah menubuhkan dan mendaftarkan Pertubuhan ini dibawah Akta Pertubuhan 1966 pada 19 Ogos 2020 dan beralamat di Melaka. Tujuan penubuhan antaranya adalah untuk memberikan sokongan moral dan bantuan peralatan sokongan kesihatan serta keperluan asas kepada ahli, waris atau penjaga pesakit kanser. Kepimpinan pertubuhan ini adalah terdiri daripada jururawat, doktor, pesakit kanser dan waris yang berkhidmat secara sukarela.
Maklumat Pertubuhan
Matlamat Pertubuhan adalah seperti berikut:
- Memberi bantuan dan sokongan dari segi sosial, fizikal dan mental.
- Menganjurkan program motivasi dan kerohanian yang bersesuaian dengan ahli persatuan.
- Memberi sokongan emosi yang bersesuaian kepada ahli yang memerlukan.
- Memberi bantuan peralatan sokongan kesihatan yang bersesuaian dan berkaitan seperti mesin oksigen, katil pesakit, wheelchair, commode chair dan lain2 peralatan pakai buang yang diperlukan oleh pesakit.
Latar Belakang Pertubuhan
Pertubuhan ini telah lama aktif dengan aktiviti ziarah kasih dan penyampaian sumbangan masyarakat kepada ahli dibawah kategori B40 sejak sebelum ini dengan nama Power Of Love. Pada masa ini ahli adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang masyarakat dan bangsa iaitu golongan B40, asnaf, ibu tunggal, warga emas mahupun orang kelainan upaya (OKU) yang merupakan penduduk negeri Melaka.
Keahlian pertubuhan ini telah mencecah hampir 400 orang sehingga Disember 2022 dan yuran keahlian yang dikenakan adalah serendah RM10.00 sahaja setiap tahun.
Kini, PPKM bergerak di bawah tema Unite With The Power of Love.
Syarat-Syarat Keahlian
Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut
A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Melaka
iv. Keturunan/Bangsa : Semua
v. Jantina : Lelaki dan Perempuan
vi. Agama : Semua
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Pesakit Kanser, Waris Atau Penjaga
Pesakit Kanser
Ahli hendaklah mengisi borang dan mengemukakan borang tersebut beserta bayaran kepada Setiausaha Pertubuhan untuk kelulusan.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Ahli boleh mendapatkan peralatan perubatan dengan kadar sewa yang rendah.
- Ahli boleh mengikuti semua program motivasi dan aktiviti yang dianjurkan oleh PPKM pada setiap masa.
- Ahli boleh mendapatkan khidmat nasihat dan kumpulan sokongan sepanjang mendapatkan rawatan serta selepas rawatan.
- Ahli akan mendapat silaturrahim dan ukhwah bersama pejuang-pejuang kanser yang telah melalui pengalaman yang sama.
- Ahli yang terdiri daripada golongan asnaf, b40, ibu tunggal dan warga emas berpeluang untuk mendapatkan sumbangan semasa perayaan.
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/groups/pejuangkansermelaka/posts/1660507827752822/?comment_id=1660540547749550¬if_id=1675934524364703¬if_t=group_comment&ref=notif | |
Youtube | : | https://www.youtube.com/channel/UCwap28eCwOWxa_rM8sv_GKw |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |