PERSATUAN PENCINTA TEKNOLOGI HIJAU MALAYSIA
PPM-008-05-02062014
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN MASYARAKAT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan Pencinta Technology Hijau Malaysia telah ditubuhkan pada 2hb Jun 2014. Pembentukan PPTHM bertujuan untuk mempromosi dan mendidik belia tentang kepentingan teknologi hijau ke arah kehidupan lestari melalui pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan di bawah Persatuan.
PPTHM juga memainkan peranan penting dalam mempromosi dan menggalakkan penyertaan Entiti Korporat, Komuniti dan orang ramai ke arah meningkatkan amalan hidup hijau di Malaysia melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan penajaan sambil mewujudkan kesedaran dan menyeru tindakan mengenai kepentingan Teknologi Hijau dalam pembangunan Negara.
Maklumat Pertubuhan
1. Mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan alam hijau untuk kehidupan
2. Mewujudkan kesedaran mengenai kitar semula dalam kalangan masyarakat
3. Memberi kesedaran mengenai penanaman semula hutan dan kepentingan pohon
4. Memberi khidmat menjalankan latihan dan konsultasi(training and consultation) termasuk latihan kesedaran bagi bidang berkaitan teknologi hijau.
5. Memberi khidmat kepakaran, akademik dan penyelidikan bagi industri dan masyarakat.
Latar Belakang Pertubuhan
KAMI TELAH MENGHIMPUNKAN PASUKAN AHLI TERBAIK KAMI YANG MEWAKILI DARI SEMUA NEGERI UNTUK BERSATU BAGI MEMBANGUNKAN SEBUAH ORGANISASI UNTUK BERFUNGSI SEBAGAI PUSAT PEMBANGUNAN KESEDARAN TEKNOLOGI HIJAU BERSAMA-SAMA DENGAN PENDIDIK DAN RAKAN KAMI YANG BERDEDIKASI DARI UNIVERSITI DAN KOLEJ TEMPATAN SERAMAI 30 ORANG DAN MENGADAKAN MESYUARAT PROTIM UNTUK MENDAFTAR DALAM PENDAFTAR PERTUBUHAN UNTUK MENJADIKAN IMPIAN KAMI SEBAGAI KENYATAAN UNTUK MEMPUNYAI SESEBUAH ORGANISASI YANG SAH DARI SEGI UNDANG UNDANG UNTUK MEMBERI KESEDARAN KEPADA SEMUA PIHAK TENTANG KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU DAN KELESTARIAN HIJAU.
Syarat-Syarat Keahlian
Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Bertemu Rakan Baru
Hadapi Pengalaman Baharu
Membangunkan Kemahiran Baru
Jadilah Sebahagian daripada Komuniti
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/MyGreenTechnology | |
Youtube | : | https://www.youtube.com/@malaysiagreentechnologysoc9343/videos |
: | https://www.instagram.com/greentechmalaysia/ | |
: | https://twitter.com/MyGreenTechSoc | |
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | https://www.greentechmalaysia.org/ |
Telegram | : |