AKTIVITI | SOSIAL
Seminar dan taklimat kepentingan hutan dan pantai serta isu isu pencemaran oleh Penceramah Industry Hijau (Malaysian Green technology Society)
  • PERSATUAN PENCINTA TEKNOLOGI HIJAU MALAYSIA
  • Penganjur : PERSATUAN PENCINTA TEKNOLOGI HIJAU MALAYSIA
  • Lokasi : Pantai Cermin, Jalan Melaka – Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Tel : 0195770799
  • Tarikh : 11/12/2022 - 11/12/2022
  • Masa : 8:00AM - 5:00PM
  • 137


CERAMAH HUTAN DAN PANTAI, WARISAN KITA


Ceramah ini dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Teknologi Hijau dengan tujuan untuk menggalakkan penglibatan orang awam dalam bersama-sama menjayakan program ini dengan mewujudkan kesedaran tentang pentingnya hutan dan pantai dalam kehidupan

setiap individu serta memperkenalkan langkah dan amalan yang boleh menyumbangkan ke arah pengekalan keindahan semulajadi.


Sejak kebelakangan ini, banyak sampah sarap bertaburan di pantai-pantai sekitar Malaysia seperti plastik, kertas, botol , penutup tin

minuman dan sebagainya. Kawasan hutan terutamanya hutan simpan juga menjadi “mangsa” pencemaran di atas kecuaian manusia.


Sebagai inisiatif tersebut, ceramah ini diadakan untuk mewujudkan kesedaran dalaman dalam kalangan pelajar, penduduk sekitar dan juga pengunjung mengenai kepentingan memelihara kebersihan hutan dan pantai serta sumbangan khidmat sosial pelajar untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar. Selain daripada itu, melalui ceramah ini, akan menghasilkan ikatan ukhuwah ahli persatuan, pelajar bersama penduduk awam berhampiran yang mana program ini juga akan melibatkan penglibatan penduduk kampung dan masyarakat berhampiran.