Aktiviti pembersihan hutan simpan di kawasan sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan (Taman Eko Rimba Tanjung Tuan) Bersama Tour Guide



Hutan memberikan pelbagai kepentingan kepada manusia sejak kelahiran manusia terawal
dalam alam semesta. Antaranya ialah hutan membekalkan sumber bahan mentah kepada
manusia untuk pembangunan perindustrian dan perumahan. Sebagai contoh, hutan telah
membekalkan manusia dengan kayu kayan seperti kayu jati, cengal, meranti dan
sebagainya untuk penghasilan bahan-bahan industri khususnya perabot. Ini secara tidak
langsung, menyediakan banyak peluang pekerjaan untuk rakyat dalam industri perabot di
samping menjana ekonomi negara. Selain itu, hutan perlu dikekalkan untuk memberi
keseimbangan ekosistem alam. Hal ini demikian disebabkan oleh hutan yang berperanan
mengurangkan kepanasan bumi dan pelindung sinaran ultraungu daripada terkena pada
kulit manusia dan haiwan. Sinaran ini merupakan salah satu punca penyakit kanser kulit
menular. Kesannya, hutan berpaya mengurangkan bencana alam seperti kemarau, hakisan
tanah, banjir dan sebagainya yang akan menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa
manusia secara besar jumlahnya. Mengikut peribahasa Melayu, ' sediakan payung sebelum
hujan', sebelum segala-galanya sudah terlambat. Untuk memelihara dan melindungi hutan,
persekitaran hutan dan pantai daripada terus merosot, adalah menjadi satu keperluan untuk
menimbulkan kesedaran dalam masyarakat mengenai kepentingan hutan.