PERSATUAN PENDUDUK ARA IMPIAN, ARA DAMANSARA, PETALING JAYA, SELANGOR(BARU)
PPM-048-10-16032012
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
PERSATUAN PENDUDUK ARA IMPIAN, ARA DAMANSARA, PETALING JAYA, SELANGOR (AIRA)
Maklumat Pertubuhan
PPM-048-10-16032012 (JPPM SELANGOR)
Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan:
PONDOK PENGAWAL ARA IMPIAN,
JALAN PJU 1A/19,
ARA DAMANSARA
47301 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
E-MEL : araimpianra@gmail.com
Latar Belakang Pertubuhan
AIRA telah ditubuhkan dan didaftarkan dengan JPPM Selangor pada 16.03.2012.
Asas penubuhan AIRA adalah untuk mengabungkan empat enklaf perumahan dalam Ara Impian iaitu Chemsford, Palemo, Calarosa & Bekerly sebagai satu induk untuk bertindak bersama dalam memastikan keselamatan seluruh kawasan Ara Impian.
TUJUAN / MATLAMAT
- Untuk menggalakkan keharmonian kaum dan berusaha kearah matlamat yang sama untuk kebaikan penduduk yang tinggal di Ara Impian, Ara Damansara, Petaling Jaya.
- Mengawas, mentadbir dan menyelenggara keamanan serta kecantikan kawasan Ara Impian dengan mewujudkan sesuatu langkah kawalan keselamatan sekuriti keluar masuk yang perlu dengan kebenaran pihak berkuasa tertentu supaya ianya menjadi suatu tempat kediaman komuniti yang selamat, harmoni, bersih dan indah.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti sukan, rekreasi, kebajikan dan lain-lain aktiviti yang dapat memberi kebaikan kepada ahli-ahli pertubuhan
Syarat-Syarat Keahlian
- Semua pemilik / penghuni rumah-rumah di Ara Impian layak menjadi ahli AIRA dengan pendafataran secara rasmi dan dengan pembayaran (i) Yuran Bayaran Masuk sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) dan (ii) Yuran Langganan (Setengah Tahun) sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) hendaklah di pra-bayar kepada Pertubuhan terlebih dahulu setiap setengah tahun sebelum 31hb Disember dan 30hb Jun pada setiap tahun.
- Seorang ahli keluarga boleh menjadi ahli mewakili keluarga.
- Umur ahli adalah 18 tahun dan ke atas.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
- Pemastautin Ara Impian dapat menikmati kawalan keselamatan selama 24 jam sehari dengan rondaan oleh pengawal keselamatan setiap jam.
- AIRA akan menolong dengan menjadi pengantara di antara pemastutin dan pihak yang berkuasa tempatan mengenai masalah penduduk.
- Mempertingkatkan kesedaran perpaduan di antara pemastautin yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.
- Mengwujudkan kepentingan peranan pemastautin dalam kesedaran mencegah kegiatan jenayah, gejala sosial serta memupuk sifat-sifat bertanggungjawab & displin dikalangan pemastautin.
- Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan sosial, pendidikan, kebudayaan, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat.
- Membolehkan pemastautin berkenalan antara satu sama lain serta memupuk semangat kejiranan dan persahabatan.
Pautan Sosial Media
: | Tiada | |
Youtube | : | Tiada |
: | Tiada | |
: | Tiada | |
TikTok | : | Tiada |
Laman Web / Blog | : | Tiada |
Telegram | : | Tiada |