AKTIVITI | SOSIAL
PROGRAM TAKLIMAT PENCEGAHAN JENAYAH, SCAMMER & KESELAMATAN KOMUNITI ARA IMPIAN,


Program ini adalah satu program keselamatan yang telah dilaksanakan dengan mengadakan satu taklimat kepada pemastautin Ara Impian.

Ceramah pencegahan jenayah telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Daerah, DSP Sivakumar Thankaraja bagi mengupas mangenai langkah-langkah utama dalam pencegahan jenayah serta memberi pendedahan berkaitan indeks jenayah yang berlaku di kawasan kami.

Ceramah scammer telah disampaikan oleh Insp. Mohd Hadir Hassan dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil bagi memberi info berkaitan trend jenayah komersil yang terkini serta langkah-langkah pencegahan dari mengelakkan diri daripada mangsa.

Program ini adalah satu inisiatif diantara pihak komuniti setempat dan pihak polis bagi menjalinkan kerjasama dan berhubungan baik dalam membanteras jenayah.


Taklimat ini memberi manfaat kepada masyarakat Ara Impian seramai 150 pemastautin yang menghadiri program ini iaitu:

  • dengan memberikan pendedahan, kesedaran & pengetahuan kes-kes jenayah & kesan negatif yang boleh berlaku disekeliling kawasan.
  • pendekatan proaktif & bersepadu bagi mencegah jenayah dengan menghapuskan peluang & niat jenayah.
  • mempelajari langkah keselamatan oleh para penduduk untuk mengelak & mengatasi gejala jenayah scammer, samun & pecah rumah.
  • mendidik serta membudayakan masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam mencegah jenayah.