AKTIVITI | SOSIAL
TAKLIMAT PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI ARA IMPIAN, BERSAMA DSP SIVAKUMAR THANKARAJA, KBPJKK, IPD PETALING JAYA


Program ini adalah satu program keselamatan yang telah dilaksanakan dengan mengadakan satu taklimat oleh DSP Sivakumar Thankaraja daripada Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya bertujuan untuk pemastautin Ara Impian mengetahui isu-isu semasa terutama yang berkaitan dengan keselamatan, trend jenayah setempat dan pencegahan jenayah, memberi kerjasama kepada pihak Polis Diraja Malaysia dalam menangani isu-isu keselamatan dan melibatkan diri dalam membantu pihak polis menangani isu-isu keselamatan dan jenayah.


Taklimat amat memberi manfaat kepada masyarakat setempat Ara Impian iaitu:

  • dengan memberikan pendedahan, kesedaran dan pengetahuan mengenai kes-kes jenayah dan kesan kesan negatif yang boleh berlaku disekeliling kawasan penduduk.
  • pendekatan proaktif dan bersepadu bagi mencegah jenayah dengan menghapuskan peluang & niat jenayah.
  • mempelajari langkah-langkah keselamatan yang boleh di ambil oleh para penduduk untuk mengelak dan mengatasi gejala jenayah terutamanya jenayah ragut, samun dan pecah rumah.
  • mendidik serta membudayakan masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam mencegah jenayah.