PERSATUAN PENDUDUK IRAMA PERDANA
LBS ALAM PERDANA
PPM-033-10-20052021
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Persatuan merupakan sebuah organisasi formal di mana penubuhan dan pengurusannya tertakluk kepada peraturan, undang-undang dan akta yang ditetapkan. Persatuan perlu diuruskan atau ditadbir dengan baik bagi memastikan perjalanannya mencapai objektif dan matlamat penubuhannya. Dengan mengambil bahagian dalam aktiviti persatuan seseorang ahli akan dapat menambah pengetahuan dan pengalamannya yang mampu mematangkan pemikiran dan
meningkatkan keyakinan diri.
• Satu elemen penting yang tidak boleh dipinggirkan dalam persatuan
ialah konsep kesukarelaan. Konsep ini merujuk kepada kerja-kerja yang
dilakukan oleh ahli-ahli secara sukarela tanpa mengira waktu, tenaga dan wang ringgit dan bukan untuk memperoleh pendapatan atau keuntungan. Konsep kesukarelaan dapat digambarkan menerusi kesanggupan ahli persatuan menjalankan tugasan tanpa paksaan dan mengharapkan pembalasan. Selain dari itu, kegiatan persatuan juga amat penting dalam memupuk semangat toleransi, perpaduan dan
menghapuskan perasaan prejudis.
Maklumat Pertubuhan
Matlamat penubuhan Persatuan Penduduk Irama Perdana (PPIP) adalah:
1. Mengeratkan persaudaraan kemasyarakatan bagi mewujudkan satu
masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.
2. Menjalankan kerja-kerja amal untuk ahli dan masyarakat berbilang kaum.
3. Berikhtiar bagi mengawal dan memelihara keamanan masyarakat setempat
4. Menggalakan tolong-menolong, bantu-membantu antara satu dengan yang
lain, Kerjasama antara ahli dan masyarakat dengan konsep "MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"
Didaftarkan dan beralamat:
PERSATUAN PENDUDUK IRAMA PERDANA LBS ALAM PERDANA PEJABAT URUSAN IRAMA PERDANA JALAN IRAMA 10 LBS ALAM PERDANA 42300 BANDAR PUNCAK ALAM SELANGOR DARUL EHSAN 42300 BANDAR PUNCAK ALAM SELANGOR
Latar Belakang Pertubuhan
Penubuhan Persatuan Penduduk Irama Perdana, LBS Alam Perdana, Puncak Alam ditubuhkan pada tahun 2021 secara sukarela oleh Penduduk Irama Perdana.
Permohonan Pendaftaran Persatuan ini telah diajukan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Kelulusan pendaftaran Persatuan ini dikeluarkan oleh eROSES pada 20 Mei 2021 dengan nombor pendaftaran PPM-033-10-20052021
Syarat-Syarat Keahlian
KEAHLIAN
1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut
A. Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Selangor
iv. Keturunan/Bangsa : Semua
v. Jantina : Semua
vi. Agama : Semua
vii. Kriteria Keahlian
Yang Lain : Tiada
B. Ahli Bersekutu Tiada
C. Ahli Kehormat Tiada
D. Ahli Seumur Hidup TIADA
E. Ahli Remaja Tiada
2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
1. Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasakan pendidikan,kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat
2. Mengwujudkan perpaduan di antara penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa 1
3. Mempertingkatkan kesedaran di kalangan penduduk tentang pentingnya peranan mereka dalam mencegah kegiatan tidak sihat seperti jenayah, gejala sosial serta memupuk memupuk sifat-sifat tanggungjawab dan displin di kalangan mereka
4. Membolehkan penduduk kenal antara satu sama lain serta memupuk semangat kejiranan dan persahabatan
5. Membolehkan penduduk kenal antara satu sama lain serta memupuk semangat kejiranan dan persahabatan 6. Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju dan pihak yang berkuasa mengenai masalah penduduk
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/groups/2048168325395133 | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |