Program “Sambutan Hari Malaysia” 2023





AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM
Program Hari Malaysia bersama Penduduk Irama Perdana 2023 dianjurkan bagi mengeratkan silaturahim dan mengekalkan perpaduan antara penduduk Irama Perdana selaras dengan slogan Masyarakat Madani yang diterapkan oleh Kerajaan Perpaduan. Program ini juga membuka peluang yang lebih luas kepada para penduduk untuk berinteraksi sesama sendiri dan peluang peniagaan juga disediakan seperti khemah perniagaan makanan, Insuran dan pakaian/perhiasaan wanita. Selain itu para penduduk juga dapat bertemu pasukan Bomba dan Keselamatan untuk mendapat matlumat dan melihat dengan lebih jelas demontrasi pemadaman kebakaran. Disamping itu kami juga telah menjemput jurucakap dari kalangan penduduk Irama Perdana dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberi keterangan ringkas mengenai Kesedaran Kesihatan –(Health-CPR Awareness).
Seramai 150 orang kanak-kanak terdiri daripada umur 5 hingga 12 tahun turut terlibat bertanding dengan menyertai pertandingan mewarna, busana terbaik dan bercerita yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa.
Antara program sepanjang majlis adalah seperti berikut:
- Senamrobik
- Ceramah – CPR response (KKM)
- Demonstrasi kebakaran daripada Pasukan Bomba
- Persembahan silat dari anak2 warga Irama Perdana.
- Pertandingan Busana Kemerdekaan terbaik (kanak2)
- Pertandingan Mewarna Hari Malaysia
- Aktiviti jualan – Food stall/Karnival dari peniaga2 Irama Perdana
- Pertandingan Bercerita Kemerdekaan
- Penyampaian Hadiah/Cabutan bertuah.