AKTIVITI |
PROGRAM 3K (KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN)


Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Harrison Bin Hassan, Ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN) Jeram dengan kehadiran kira-kira hampir 300 orang penduduk Irama Perdana. Turut sama hadir Ketua Polis Balai Jeram SM Mohd Zainal Bin Hassan, Anggota dari Balai Polis Jeram, Anggota BOMBA dari Bestari Jaya serta Pegawai-pegawai dari Perkeso Tanjung Karang.


Pelbagai program juga telah diaturkan seawal 7.30pagi seperti senamrobik, aktiviti kanak-kanak, pencarian harta karun serta penampilan khas persilat kanak-kanak yang terdiri daripada penduduk Irama Perdana dari Persatuan Silat Naga Sakti Malaysia.

 

Disamping itu, program ini juga diserikan dengan kehadiran badan-badan berkanun seperti berikut:

             I.        PDRM-- ceramah keselamatan - pameran scammer - pameran urb/mpv.

           II.        Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) – Demontrasi Mencegah Kebakaran Di Dapur (e.g: Keselamatan Kebakaran didapur, mencegah kebakaran didapur, Memadam kebakaran didapur).

           III.        Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Selangor – Ceramah mengenai kebersihan sekitar rumah serta langkah membasmi dan mencegah DENGGI.

          IV.        PERKESO – taklimat berkaitan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan juga Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) pada hari Program 3K.