KELAB PUSAT KOMUNITI DESA (PKD) PAYA IKAN
PPM-005-04-30092019
KEBAJIKAN
Kategori
KEBAJIKAN MASYARAKAT
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
Kelab Pusat Komunti Desa ( PKD ) Paya Ikan ditubuhkan pada 2019 yang beralamat di Lorong Haruan Kg Paya Ikan Bukit Baru Melaka.
https://goo.gl/maps/b26Juecae8irriYXA
Maklumat Pertubuhan
- Melaksanakan program/aktiviti Kelab PKD yang merangkumi latihan komuniti, pusat aktiviti wanita, pusat perkhidmatan setempat, kesukarelawan dan pusat pengumpulan produk usahawan desa.
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti lain mengikut keperluan semasa bagi membantu meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat luar bandar setempat
Latar Belakang Pertubuhan
Pertubuhan ini dikenali dengan nama KELAB PUSAT KOMUNITI DESA (PKD) PAYA IKAN, MELAKA (selepas daripada ini disebut sebagai "Kelab PKD"). dtubuhkan pada tahun 2019 dibawah inisiatif Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Syarat-Syarat Keahlian
- Kriteria keahlian Kelab PKD adalah seperti berikut: A. Ahli Biasa Ahli Biasa adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang tinggal di Negeri Melaka dan keutamaan adalah kepada yang tinggal di komuniti desa setempat. Jumlah keahlian bagi Ahli Biasa adalah tidak terhad dan terbuka kepada semua kaum tidak mengira jantina, bangsa dan keturunan.
- Ahli Kehormat Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada Kelab PKD. Keahlian bagi Ahli Kehormat akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kelab PKD dan terkecuali dari pembayaran yuran.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Ahli yang menyertai kelab ini akan dapat menyertai kursus latihan kemahiran, ict, program kesukarelawan, dan juga program pemerkasaan dengan kadar yuran yang minima. Antara aktiviti dan program yang dapat disertai ialah kursus Masakan, Kursus Jahitan, Program Ict dan Juga Amanah Ikhtiar Bagi yang ingin membuat modal pinjaman untuk perniagaan
Pautan Sosial Media
: | https://www.facebook.com/minirtc.payaikan.52 | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | https://vt.tiktok.com/ZSRPwkxUA/ |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |