BERITA | KEBAJIKAN
KURSUS URUTAN ASAS TRADISIONAL

Kursus Urutan Asas Tradisional telah diadakan pada 12 Jun 2022 ( Ahad ) yang telah dihadiri seramai 10 orang Peserta yang terdiri dari golongan B40 dan juga komunti setempat. Kursus ini dianjurkan oleh Kelab Pusat Komuniti Desa ( PKD ) Paya Ikan dan dibimbing oleh Puan Hasmidar binti Manap iaitu Tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang Asas Urutan dan dandanan diri.

Kursus Asas Urutan Tradisional mempunyai 2 sesi iaitu sesi Teori dan praktikal. Sesi teori dimana peserta diterangkan mengenai asas-asas urutan dan juga kompenan-kompenan dalam urutan badan dimana ia merangkumi asas badan untuk urutan.

untuk sesi praktikal peserta diajar asas bagaimana hendak memulakan urutan pada badan manusia. semua peserta akan merasa sendiri mengurut supaya mereka boleh mempraktikan nanti keatas badan pelanggan.