BERITA | KEBAJIKAN
KURSUS ASAS GUNTING RAMBUT WANITA

Kursus Asas Gunting Rambut Wanita telah diadakan pada 3 Julai 2022 ( Ahad ) yang telah dihadiri seramai 11 orang Peserta yang terdiri dari golongan B40 dan juga komuniti setempat. Kursus ini dianjurkan oleh Kelab Pusat Komuniti Desa ( PKD ) Paya Ikan dan dibimbing oleh Puan Hasmidar binti Manap iaitu Tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang Asas Guntingan Rambut dan dandanan diri. Kursus Asas Gunting Rambut Wanita ini mempunyai 2 sesi iaitu sesi Teori dan praktikal. Sesi teori dimana peserta diterangkan mengenai asas dan teknik-teknik mengunting Rambut dan juga asas dan jenis-jenis guntingan rambut. peserta diajar 2 jenis dan teknik guntingan rambut iaitu guntingan V dan juga guntingan layer.

untuk sesi praktikal peserta diajar teknik dan juga cara-cara potongan rambut dengan menggunkan kepala patung ( manniqueen ) dimana semua peserta dibekalkan gunting dan juga alatan-alatan guntingan rambut. Peserta dibimbing oleh tenaga pengajar dan diberi tunjuk ajar oleh tenaga pengajar step by step guntingan rambut.