PERSATUAN PENDUDUK IMPIAN GOLF DAN COUNTRY RESORT, KAJANG, SELANGOR (IMPIAN GOLF AND COUNTRY RESORT RESIDENTS' ASSOCIATION, KAJANG, SELANGOR )
PPM-002-10-08092003
SOSIAL
Kategori
PENDUDUK
Sub-Kategori
Pengenalan Pertubuhan
PERSATUAN PENDUDUK IMPIAN GOLF DAN COUNTRY RESORT, KAJANG, SELANGOR (IMPIAN GOLF AND COUNTRY RESORT RESIDENTS' ASSOCIATION, KAJANG, SELANGOR)
No. PPM : PPM-002-10-08092003
Nama Pendek Persatuan : IGCRRA
Alamat Emel : [email protected]
Maklumat Pertubuhan
IGCRRA merupakan sebuah persatuan penduduk di mana penubuhan dan pengurusannya tertakluk kepada perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan. IGCRRA perlu diuruskan dengan baik untuk memastikan objektif dan matlamat persatuan tercapai.
Objektif:
1. IGCRRA ditubuhkan bukan untuk mengaut keuntungan, bukan untuk kepentingan politik dan bukan untuk mencetus isu perkauman, agama dan bangsa.
2. IGCRRA ditubuhkan untuk memupuk semangat kehidupan harmoni sesama jiran tetangga di samping bekerja-sama untuk menjaga kemudahan dan keselamatan persekitaran Impian Golf and Country Resort (IGCR).
3. IGCRRA menggalakkan hubungan yang harmonis di antara jiran tetangga.
4. IGCRRA juga ditubuhkan untuk memenuhi syarat Fasal 9 di dalam “Deed of Mutual Covenants”.
Latar Belakang Pertubuhan
IGCRRA ditubuhkan pada 9hb Ogos 2003. Pada asalnya, tujuan utama penubuhan IGCRRA adalah untuk pelaksanaan program keselamatan di kawasan kediaman IGCR.
Namun, lama-kelamaan dan dengan semakin bertambahnya rumah-rumah dan penduduk-penduduk di kawasan perumahan di sini, IGCRRA telah memikul lebih banyak peranan dan tanggungjawab supaya memastikan aspirasi dan objektif yang telah kami tetapkan tercapai.
Syarat-Syarat Keahlian
1. Semua pemilik/penghuni rumah-rumah banglo and tanah-tanah kosong berdaftar di taman IGCR berlayak menjadi ahli IGCRRA secara automatik.
2. Seorang ahli keluarga boleh menjadi ahli mewakili keluarga.
3. Umur ahli adalah 21 tahun dan ke atas.
Kelebihan Menyertai Pertubuhan ini
Kemudahan infrastruktur umum dan keselamatan untuk penduduk di kawasan umum diuruskan oleh IGCRRA yang menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh IGCRRA dapat memupuk semangat kejiranan, perpaduan, tolak ansur dan tolong menolong di antara penduduk.
Pengurusan/pentadbiran IGCRRA diselenggari sepenuhnya secara sukarela oleh penduduk taman ini yang mana dengan secara tidak langsung teleh berjaya memupuk kehidupan kejiranan yang mesra, menggalakkan perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.
Melalui usaha dan jasa kerjasama komuniti penduduk, kami berharap menegakkan moto IGCRRA iaitu:-
Bersama, Ke Arah Kehidupan Berkualiti!
(Together, Towards Quality Living!)
Pautan Sosial Media
: | IGCRRA | |
Youtube | : | |
: | ||
: | ||
TikTok | : | |
Laman Web / Blog | : | |
Telegram | : |