AKTIVITI | SOSIAL
PROGRAM KESELAMATAN KOMUNITI (AKTIVITI GOTONG-ROYONG), PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAH DAN KEBAKARAN


Persatuan Penduduk Impian Golf dan Country Resort (IGCRRA)  ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Penilaian Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Negeri Selangor di atas keluluskan permohonan Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) kami.


Peruntukan GPPK adalah untuk melaksanakan program tersebut:-

  I)  Program Keselamatan Komuniti  (Aktiviti Gotong-Royong), 

 II)  Program Pencegahan Jenayah and 

III)  Program Pencegahan Kebakaran,


Program  tersebut telah berjaya dilaksanakan pada 5hb November 2023 (Ahad) di taman kami, iaitu Impian Golf & Country Resort (IGCR), Kajang.  Tema yang kami pilih adalah “Hari KomUniti IGCRRA” bersesuaian dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti kesukarelawanan untuk kebersihan persekitaran dan keselamatan komuniti Taman IGCR.


I) Program Keselamatan Komuniti  (Aktiviti Gotong-Royong)

Tujuan program tersebut adalah memastikan kebersihan persekitaran sentiasa diutamakan dan memberi kesedaran dalam usaha-usaha pencegahan dari ancaman pembiakan nyamuk Aedes supaya mengawal wabak deman denggi atau seumpamanya. Kami percaya aktiviti gotong-royong dapat memupuk semangat perpaduan, tolak ansur dan tolong menolong di antara penduduk dengan tidak mengira usia, bangsa dan agama.  Aktiviti gotong-royong untuk menyelenggara kawasan kejiranan merupakan sebahagian daripada program sosial yang dilancarkan oleh IGCRRA. Kehidupan kejiranan dan interaksi komuniti yang baik menggalakkan perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim dan meningkatkan kesejahteraan sosial dalam komuniti.




II) Program Pencegahan Jenayah

Program ini dilaksanakan untuk  meningkatkan tahap dan kesedaran sekuriti/keselamatan serta menggalakkan penyertaan komuniti  dalam aktiviti pencegahan/memerangi jenayah.  


GCRRA  juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang atas kerjasama untuk melaksanakan Program Pencegahan Jenayah yang meningkatkan tahap dan kesedaran sekuriti/keselamatan serta menggalakkan penyertaan komuniti  dalam aktiviti pencegahan/memerangi jenayah. 


Polis wanita dari Skuad Aman Wanita (Amanita) juga hadir dalam Program Pencegahan Jenayah.  Kami  difahamkan  Amanita  berperanan  untuk memberi penerangan kepada kaum wanita terutama kepada suri rumah dari segi menjaga keselamatan diri, keluarga dan tempat kediaman dan kawasan kejiranan.



III) Program Pencegahan Kebakaran

Program ini dilaksanakan supaya  komuniti mempelajari langkah keselamatan ketika menghadapi situasi kebakaran dan memberi pendedahan tentang pencegahan kebakaran dan bantuan awal ketika kebakaran. 


Kanak-kanak berpeluang belajar bagaimana memadam api dari hos gas di bawah pengawasan anggota Bomba.


Orang dewasa juga berpeluang belajar bagaimana memadam api jikalau dapur gas/kuali berapi semasa memasak.  

 

Pihak Bomba juga mengajar kaedah utama untuk memadamkan api yang dipanggil sebagai kaedah P.A.S.S.  

P   :  Pull - Tarik pin di atas kepala alat pemadam api. 

A   :  Aim - Sasar nozel ke arah api palang dasar.  

S   :  Squeeze - Picit tuas untuk mengeluarkan kandungan daripada alat.

S  : Sweep - Gerakkan nozel ke setiap penjuru api sehingga ia reda atau hilang.




IGCRRA  juga  ingin mengucapkan berbanyak terima kasih  kepada  Balai Bomba Dan Penyelamat, Jalan Bukit Mewah, Kajang atas kerjasama untuk melaksanakan Program Pencegahan Kebakaran yang meningkatkan budaya keselamatan kebakaran dan amalan pencegah kebakaran serta  berkeupayaan mengambil tindakan awal memadam kebakaran kecil.


 

Sekian, Terima Kasih!