AKTIVITI | KEBAJIKAN
PROGRAM PEMANTAPAN BUDAYA KERJA POSITIF DAN BAHAGIA


1. Tajuk: 

PROGRAM PEMANTAPAN BUDAYA KERJA YANG POSITIF DAN BAHAGIA 


2. Tujuan: 

Program ini bertujuan memupuk budaya kerja yang harmoni, sentiasa positif dan bahagia di institusi pendidikan (Sekolah Aman) sebagai tempat bekerja. Ia amat penting bagi melahirkan generasi baharu yang dididik menjadi insan yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Di samping itu, program ini diharapkan dapat meningkatkan jati diri dan motivasi para ahli serta mengeratkan silaturrahim dalam apa jua keadaan 


3. Latar belakang: 

Program ini amat penting bagi memastikan kebajikan ahli BAKKSA dalam aspek psikologi dan psikososial. Dewasa ini, cabaran dalam arena pendidikan semakin tinggi dan memerlukan ketahanan jati diri, mental dan fizikal para guru dan kakitangan. Sehubungan itu, pihak Badan Kebajikan Kakitangan Sekolah Islam Aman

dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) akan mengadakan Program Pemantapan Budaya Kerja yang Positif dan Bahagia sebagai inisiatif membantu kakitangan sekolah Aman menjadi pendidik yang berketrampilan, dedikasi dan cemerlang. 


4. Objektif: 

1. Memupuk budaya kerja yang harmoni, sentiasa positif dan bahagia

2. Meningkatkan jati diri dan motivasi para kakitangan Sekolah Aman

3. Meningkatkan ilmu dalam aspek psikologi serta psikososial

3. Mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli BAKKSA