AKTIVITI | SOSIAL
Program Gotong-Royong


PROGRAM DAN AKTIVITI

  • Semburan Fogging oleh pihak KKM untuk mengawal

     pembiakan nyamuk pada 30/12/2022

  • Sarapan Pagi
  • Sesi bersenam
  • Pertandingan Mewarna bagi tahap umur 4-6, 7-12 dan 13-15 tahun.
  • Membaiki dan mengecat tiang bola keranjang.
  • Mengecat pintu Gerbang masuk.
  • Membaiki Lapisan Kalis air pada bumbung pintu gerbang
  • Mengecat pondok pengawal.
  • Memotong rumput di kawasan padang.
  • Mencantas pokok di keliling taman.
  • Membaja pokok pokok hiasan di sekitar taman
  • Menghapuskan sarang sarang kerengga di taman.
  • Menyapu dan mengutip daun kering.
  • Menyampaikan Bantuan persekolahan voucer kedai buku popular RM 20 bagi yang bersekolah.
  • Penyampaian hadiah untuk pemenang. pertandingan mewarna.
  • Makan tengah hari.


Melalui aktiviti gotong-royong yang dijalankan, Ia dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antaranya ialah bekerjasama, bertolak ansur , semangat kejiranan dan perpaduan kaum. Aktiviti ini sangat sesuai untuk Taman perumahan kami berdasarkan komposisi kaum yang menetap disini. Secara keseluruhannya program ini telah mencapai sasaran dari segi penyertaan dan hubungan kejiranan yang terjalin antara yang hadir. Ucapan penghargaan kepada pihak ROS yang telah menyalurkan dana kepada Persatuan Penduduk Suriaman 2B Mellonia demi menjayakan program gotong royong ini.