AKTIVITI | SOSIAL
Bengkel Demensia
  • PERSATUAN DEMENSIA PULAU PINANG
  • Penganjur : Persatuan Demensia Pulau Pinang
  • Lokasi : Community Centre, Lebuh Acheh, Pulau Pinang
  • Tel : 01155892628
  • Tarikh : 16/10/2022 - 16/10/2022
  • Masa : 10:15AM - 10:45AM
  • 63


Program Sambutan Hari Alzheimer Sedunia peringkat Negeri Pulau Pinang yang dianjurkan bersama dengan pihak kerajaan negeri Pulau Pinang dan persatuan lain yang bukan kerajaan melalui program seperti ceramah kesedaran demensia, program kafe memori dan bengkel demensia untuk penjaga dapat memupuk kesedaran dan mengurangkan stigma mengenai penyakit demensia. 


Selain itu, kadar demensia di kalangan masyarakat semakin meningkat selaras dengan peningkatan kadar penuaan (usia tua). Aktiviti-aktiviti kesedaran dan bengkel latihan amat penting di negeri Pulau Pinang dan di Malaysia secara umumnya. Lebih banyak aktiviti sedemikian perlu digalakkan dan diberi sokongan daripada pihak kerajaan. Program dapat mewujudkan suatu komuniti yang ramah dan bersikap positif tanpa diskriminasi dan stigma terhadap penyakit demensia.