AKTIVITI | PERDAGANGAN
BENGKEL SENI : PEMBUATAN BATIK


A.20 orang ahli terlibat (termasuk 5 orang petugas pengurusan)


B.1.Fasilitator Bengkel Batik ini ialah Datuk Asfarena binti Samion Mon, seorang pakar jahitan dan pereka fashion batik. Beliau merupakan tenaga pengajar Fesyen di Centext Commercial Centre.

2.Pengisian ialah mengenali kaedah Pembuatan Batik Lukis dan Batik Cetak. Batik cetak hanya melibatkan penerangan peralatan yang diperlukan kerana proses hampir sama.

3.Langkah penerangan seperti berikut:

a.Rekaan (design) disurih menggunakan pensil di atas kain putih oleh peserta. Rekaan telah disediakan oleh penganjur. Jenis kain yang sesuai juga diterangkan iaitu kain Cotton, kain Fuji, kain Polyster dan Satin Silk. Motif yang disarankan seperti motif tradisional, flora, fauna, geometri, organik atau abstrak.

b. Proses mencanting dilakukan dengan menggunakan sejenis alat yang dipanggil canting. Campuran lilin cair dimasukkan ke dalam alat canting dan kemudian dilakar di atas permukaan kain dasar yang diregang di atas pemidang. Lakaran lilin ini dilakukan bagi menghalang bahan pewarna daripada bercampur dan meresap masuk ke kawasan lain. Proses ini juga adalah antara proses-proses yang dilakukan untuk menghasilkan batik canting.

c. Warna yang diingini dibancuh.Warna yang dipilih perlulah dibancuh dalam bekas yang berlainan agar tidak berlaku percampuran warna. Seterusnya, warnakan corak yang dipilih dengan menggunakan pewarna batik. Mewarna memainkan peranan penting dalam proses menghasilkan batik yang cantik dan indah. Pada awalnya, warna-warna semulajadi digunakan secara meluas dalam pembuatan batik. Kemudian pelbagai warna telah digabung seperti campuran warna yang kontra, gelap dan cerah, dan pelbagai teknik warna diaplikasikan untuk mewarna batik. Apabila batik yang telah dilukis siap diwarna, warna latarbelakang dilakukan menggunakan roll warna. 

d. Mematikan warna. Sodium silikat digunakan sebagai bahan pemati warna. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna yang dilukis tidak akan luntur apabila dibasuh. Seterusnya, rendamkan kain tersebut kedalam air selama empat jam. Setelah empat jam direndam, kain tersebut perlulah dibasuh dan direbus dengan air yang dicampur dengan soda ash. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin pada permukaan kain tersebut. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas

e. Jemur produk yang dihasilkan sehingga kering. 


C.Program diakhiri dengan penggulungan program, ringkasan langkah-langkah pembuatan batik.Di akhir program, peserta dan Fasilitator berbincang cara untuk melaksanakan program pembuatan batik khusus untuk ahli-ahli PAWE Sri Satok. Ini termasuk mencipta produk yang bersesuaian dengan batik sekaligus menepati kapasiti ahli PAWE Sri Satok sebagai warga emas.Datuk Asfarena binti Samion Mon mewakili Centex Sarawak juga bersetuju untuk membantu dan merangka program lanjutan dari bengkel batik ini untuk memastikan bengkel kali ini memberi output yang sepatutnya.PAWE Sri Satok berharap program Batik ini akan dilaksanakan berterusan terutamanya dalam menaiktaraf kualiti produk.