AKTIVITI | PERDAGANGAN
BENGKEL "REFRESHER" HIDROPONIK


A.Bilangan peserta terlibat ialah 20 ahli jawatankuasa termasuk 5 kakitangan pengurusan untuk pengurusan Hidroponik.

B.Peserta bengkel diberi penerangan asas pengurusan hidroponik dengan tujuan untuk pengukuhan dan pembelajaran semula teori dan praktikal terutamanya untuk kakitangan yang akan menguruskan tanaman hidroponik.

Perjalanan program seperti berikut :

i.Peserta tiba di Pearl Happy Farm pada pukul 8.30 pagi

ii.Peserta berkumpul di hadapan Ruang Hijau di mana tanaman Hidroponik diusahakan.

C.Peserta diarahkan untuk untuk membersihkan tangan sebelum bergerak masuk ke dalam ruang tanaman. Tujuan membersihkan tangan sebelum masuk ke ruang tanaman (Rumah Hijau) adalah untuk memastikan tangan bersih dari kekotoran dan kuman sebelum mengendalikan tanaman.

D.Aktiviti secara berkumpulan dengan Langkah-langkah berikut:

Ø Penerangan peralatan yang diperlukan

Ø Praktikal oleh peserta dan penerangan dibahagik kepada 2 kumpulan

Ø Langkah penerangan dan praktikal seperti berikut:

Ø Penerangan bahan-bahan serta kelengkapan seperti berikut:

Ø Bahan - bahan :

§ Biji benih

§ Span

§ Bekas

§ Air

§ Cawan Hidroponik

§ Baja

 Ø Peralatan ;

§ 1.Penyembur tekanan tinggi

§ 2.Pisau 

E.Penerangan asas mengenali jenis tanaman dan komponen tanaman sihat seperti warna, akar, jenis benih serta baja dan kaedah penanaman yang betul untuk penghasilan tanaman hidroponik yang sihat. Contoh ialah tanaman salada bersesuaian dengan jenis tanaman hidroponik yang sedia ada oleh PAWE Sri Satok.

F.Satu kumpulan menyediakan benih di dalam span dan satu kumpulan diminta untuk melihat tanaman hidroponik salada sedia ada untuk mengenali salada yang sihat dan bermutu ( aktiviti berkumpulan dan bergilir). Span kemudiannya disusun rapi sebelum benih dimasukkan satu persatu dalam setiap span (satu benih, satu span dan dielakkan pertindihan benih dalam satu span).

G.Bekas tanaman yang telah disusun dengan span dan telah siap dimasukkan benih kemudian dibasahkan dengan air secukupnya untuk memastikan kelembapan mencukupi. Teknik membasahkan menggunakan penyembur tangan berkuasa tinggi pada span seperti dalam gambar.

H.Latihan memasukkan span yang mempunyai benih telah bercambah ke dalam cawan hidroponik. Benih yang mahal akan menjamin kuantiti salad yang dihasilkan.

I.Mempelajari kaedah menimbang sayuran dengan betul, cara menyimpan sayuran agar lebih segar untuk beberapa hari dan pengurusan peralatan. Perbincangan mengenai isu-isu pemasaran termasuk kos seperti kos pembungkusan dan kos pengangkutan (pembekal kepada pembeli).

J. Memasukkan cawan hidroponik ke dalam bekas takungan hidroponik.

K.Pengurusan baja dan cara menggunakan baja dengan betul . Kaedah seperti   

berikut:

 Ø Jenis baja dicadangkan 

Ø Cara bancuhan baja.

§ 1 kilo baja bersamaan dengan 10 Liter air ( satu gallon bekas yang dicadangkan).

§ Kepekatan baja disukat menggunakan meter EC. Sukatan yang sesuai untuk salad ialah 1.5 EC

L. Cara membersihkan salur paip hidroponik menggunakan cecair peluntur klorox.          

M. Alas penutup menggunakan alas plastik UV dan jaringan serangga mesti dipasang kerana penanaman hidroponik tidak boleh menggunakan racun serangga. Turut dicadangkan juga penggunaan weedmat untuk menutup keseluruhan lantai, jika tidak dipasang weedmat rumput mudah tumbuh.

N. Peralatan yang digunakan 


Secara ringkas, peserta yang terdiri dari ahli jawatankuasa Hidroponik PAWE Sri Satok telah mendedahkan semula dengan teori pengenalan kepada hidroponik dan jenis – jenis sistem hidroponik, semaian dan transplant, pembajaan dan kawalan, penyedian set serta DIY hidroponik. Di dalam bengkel ini juga turut dikongsikan peluang dan potensi tanaman hidroponik dalam perniagaan.

Harapan ahli jawatankuasa serta kakitangan lantikan ialah untuk menguruskan sistem hidroponik PAWE Sri Satok sedia ada dengan kaedah yang lebih sistematik di samping mencapai kuantiti dan kualiti pengeluaran tanaman salada hidroponik PAWE Sri Satok.

Penambahbaikkan serta peningkatan kemahiran ahli jawatankuasa dan Petugas terlibat akan dilakukan secara berterusan untuk memastikan sistem hidroponik PAWE Sri Satok menghasil tanaman salada berkualiti tinggi.