AKTIVITI | KEBAJIKAN
CERAMAH PRIHATIN TERHADAP WARGA EMAS DAN PROGRAM KEBAJIKAN BAKUL MUHIBBAH LABIS


CERAMAH PRIHATIN TERHADAP WARGA EMAS DAN PROGRAM KEBAJIKAN BAKUL MUHIBBAH LABIS TAHUN 2022

 

1.   NAMA PERTUBUHAN

Persatuan Kebajikan Warga Emas Muhibbah Labis, Johor

 

2.   TAHUN

2022

 

3.   NAMA PROGRAM

Ceramah Prihatin Terhadap Warga Emas Dan Program Kebajikan Bakul Muhibbah Labis Tahun 2022

 

4.   TEMPAT

Sekitar kawasan Labis

 

5.   BILANGAN PESERTA/ KUMPULAN SASAR

Jumlah peserta bagi program tersebut adalah seramai 100 orang termasuk 20 orang ahli Persatuan Kebajikan Warga Emas Muhibbah Labis, Johor dan 80 penerima sumbangan bakul makanan.


6. ATURCARA PROGRAM

 

Tarikh        : 22 Januari 2023

Tempat     : No. 112 (Tingkat Atas), Jalan Segamat, Taman Bintang Jaya, 85300 Labis, Johor dan sekitar kawasan Labis

Tentatif Program:

 

10.00 a.m. – Pendaftaran kehadiran

10.45 a.m. – Ketibaan Penceramah

11.00 a.m. – Ucapan Setiausaha

11.10 a.m. – Ceramah Prihatin Terhadap Warga Emas

11.40 a.m. – Penyerahan Bakul Muhibbah kepada penerima

12.30 p.m. – Makan petang

1.30 p.m.  – Menghantar Bakul Muhibbah kepada penerima dari rumah ke rumah

3.30 p.m.  – Bersurai


7.   KESIMPULAN

Ceramah Prihatin Terhadap Warga Emas Dan Program Kebajikan Bakul Muhibbah Labis Tahun 2022 merupakan program yang dianjurkan bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan Persatuan Kebajikan Warga Emas Muhibbah Labis, Johor. Melalui program seperti ini, diharapkan dapat memberi kesedaran bahawa kepentingan penjagaan dan keprihatinan terhadap warga emas oleh masyarakat secara amnya serta meringankan beban golongan kurang berkemampuan demi menghadapi impak kadar inflasi yang semakin meningkat terhadap kehidupan mereka.