AKTIVITI | SOSIAL
Ceramah Kesedaran Fisioterapi
  • PERSATUAN PENDUDUK WANGSA MELAWATI, KUALA LUMPUR
  • Penganjur : PPWM dengan usahasama Best Physio Sdn Bhd, Bandar Baru Sri Petaling, 57,000 Kuala Lumpur.
  • Lokasi : Sekolah Menengah Wangsa Melawati, KL
  • Tel : 03 9054 9888
  • Tarikh : 28/08/2022 - 28/08/2022
  • Masa : 9:00AM - 1:00PM
  • 79


Program yang telah dijalankan adalah berbentuk ceramah serta demonstrasi fisioterapi dan disampaikan oleh fisioterapis-fisioterapis yang berpengalaman dan terlatih dari syarikat Best Physio Sdn Bhd, Bandar Baru Sri Petaling, 57,000 Kuala Lumpur.


Peserta-peserta yang hadir adalah penduduk-penduduk setempat yang terdiri dari golongan pesara dan warga emas. Terdapat beberapa dari mereka yang hadir sedang mengalami sakit berkaitan otot-otot saperti tengkuk, sakit lutut, bahagian belakang, lenguh sendi-sendi dan sebagainya.


Beberapa kaedah pergerakan dan kedudukan yang betul bagi mengelakan kecederaan pada fisio telah ditunjukkan saperti cara duduk semasa memandu kereta, menaiki tangga, angkat barang berat serta latihan-latihan ringan yang boleh melembutkan otot-otot dari kejang jika lama tidak digerak-gerakkan.