AKTIVITI | SOSIAL
Program Usahawan Muda Digital
  • PERSATUAN PENDUDUK WANGSA MELAWATI, KUALA LUMPUR
  • Penganjur : PPWM dengan usahasama Infra Digital Ventures
  • Lokasi : Sekolah Rendah Kebangsaan Wangsa Melawati, KL
  • Tel : 017 670 8834
  • Tarikh : 18/09/2022 - 18/09/2022
  • Masa : 9:30AM - 1:30PM
  • 70


Program ini telah dimudahcarakan oleh syarikat Infra Digital Ventures yang berpengalaman dan kerap mengendalikan program seumpamanya pada institusi-institusi dan NGO-NGO.


Turut serta dalam program ini adalah wakil-wakil daripada Maybank Berhad, Maxis dan Saudagar Emas yang telah memberi penerangan mengenai applikasi digital masing-masing berkaitan peniagaan di atas talian.


Topik utama penceramah adalah mengajar teknik memasarkan produk atas talian melalui platfom MaxisBusiness, Sama-Sama Lokal, TikTok Seller, Canva, Capcut dan Google SEO.


Kaedah program yang dilaksanakan adalah berbentuk ceramah, kuiz, latihan berkumpulan membina applikasi melalui telefon mudah alih masing-masing bermula dari 9.00 pagi dan tamat pada 6.15 petang.    


Penyampaian hampers kepada pemenang-pemenang latihan berkumpulan dan sijil penyertaan telah diberikan kepada setiap peserta di akhir program.


Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk, Sub Zon 5 Wangsa Maju telah sudi memberi kata aluan dan merasmikan program ini.