AKTIVITI | SOSIAL
Riadah Komuniti Wangsa Melawati: Jom Jalan-Jalan Sihatkan Badan
  • PERSATUAN PENDUDUK WANGSA MELAWATI, KUALA LUMPUR
  • Penganjur : Persatuan Penduduk Wangsa Melawati, KL dengan usahasama Persatuan Penduduk Wangsa Ceria, KL
  • Lokasi : Taman Permainan Kanak-Kanak Wangsa Ceria, KL
  • Tel : 019 212 8453
  • Tarikh : 30/10/2022 - 30/10/2022
  • Masa : 8:30AM - 10:30AM
  • 83


Program Riadah Wangsa Melawati: “Jom Jalan-Jalan Sihatkan Badan” yang telah dijalankan adalah berkonsepkan riadah di kalangan komuniti Taman Wangsa Melawati, KL, dengan kaedah berjalan kaki secara santai mengelilingi taman perumahan sejauh lebih kurang 2.5km.


Objektif utama program ini adalah untuk memupuk silatulrahim di kalangan penduduk-penduduk di samping ianya adalah salah satu usaha PPWM untuk mewujudkan suasana yang kondusif bagi penduduk-penduduk menjaga kesihatan masing-masing.


Berdasarkan kehadiran penduduk-penduduk yang amat ramai, samada secara individu, pasangan atau sekeluarga, membuktikan program komuniti ini telah mendapat sambutan yang menggalakan dan menunjukkan mereka sangat perihatin tentang kesihatan dan jalinan silatulrahim. 


PPWM juga telah bergabung dengan Persatuan Penduduk Wangsa Ceria (PPWM) untuk bersama-sama menganjurkan program ini agar beban perancangan dan perlaksanaan dapat digemblengkan dikalangan ahli-ahli jawatankuasa kedua-dua persatuan, selain dari berkongsi pengalaman menganjurkan program sebelum ini.


Kedua-dua belah pihak telah bersetuju dalam segi pembahagian perbelanjaan untuk dikemukakan dalam laporan pelaksanaan projek masing-masing.


Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPP) , Sub Zon 5, Wangsa Maju amat menyokong program ini di mana Penasihat dan Pengerusi MPP telah hadir melancarkan program ini termasuk menyampaikan hadiah cabutan bertuah.