AKTIVITI | PERDAGANGAN
Majlis Tandatangani MoU di antara MUVA dan Datasonic di LIMA'23 Langkawi
  • MALAYSIA UAV ALLIANCE ASSOCIATION
  • Penganjur : Kementerian Pengangkutan (Datin Alena)
  • Lokasi : LIMA'23 Langkawi
  • Tel : 60132785334
  • Tarikh : 24/05/2023 - 24/05/2023
  • Masa : 11:30AM - 12:30PM
  • 86


MUVA, Datasonic dan TNB ILSAS bangunkan projek di Guinea

Persatuan Perikatan UAV Malaysia (MUVA) mengumumkan kerjasama mereka dalam membangunkan penyelesaian tinjauan dan pemetaan Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) termaju untuk projek E-Land DGB di Republik Guinea, Afrika. Projek itu akan dijayakan bersama Datasonic Group Berhad (DGB) iaitu penyedia penyelesaian ICT berasaskan keselamatan terkemuka dan TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd (ILSAS) yang juga institut latihan terulung untuk Tenaga Nasional Berhad.

Presiden MUVA, Dr Mohd Zaliman Mohd Yusoff berkata, perkongsian strategik itu menghimpunkan kepakaran dan sumber ketiga-tiga organisasi untuk menyampaikan teknologi dan perkhidmatan UAS yang inovatif untuk projek E-Land.