AKTIVITI | KESELAMATAN
PROGRAM KESEDARAN KEBAKARAN DAN KESELAMATAN BERSAMA BOMBA


Program yang dianjurkan pada 05 November 2023 (Ahad) oleh Persatuan Penduduk Taman Universiti bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam dapat meningkatkan pengetahuan tentang pemahaman dalam kalangan komuniti tentang aspek-aspek keselamatan di kawasan kejiranan setempat. Selain itu, program ini juga dapat memberikan pendedahan kepada komuniti dalam aspek pencegahan dan mengawal kebakaran. Program ini juga dapat meningkatkan kesedaran komuniti setempat dalam mewujudkan persekitaran yang selamat dari situasi kebakaran.