AKTIVITI | SOSIAL
PROGRAM PEMBERSIHAN & PENYELENGGARAAN SERTA MEMBASMI DENGUE


Program ini telah berjaya dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Wawasan 2B Pusat Bandar Puchong dengan sokongan daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya serta Majlis Perwakilan Penduduk Zon 16. Program tersebut telah memberikan manfaat kepada seluruh penduduk di kawasan perumahan Wawasan 2B Pusat Bandar Puchong dimana para penduduk dapat mengalami persekitaran kawasan perumahan yang bersih & indah serta memupuk semangat sukarela antara masyarakat.

 

Selain itu, ceramah membasmi denggi dan juga aktiviti membasmi denggi yang dilakukan juga memberi manfaat yang banyak kepada para penduduk. Kami berjaya mengenal pasti beberapa kawasan pembiakan nyamuk aedes dan telah meletakan ubat untuk membasi denggi.

 

Selain itu, pihak Persatuan turut mengambil kesempatan ini untuk menyelenggarakan fasiliti-fasiliti di kedua-dua pondok sekuriti dimana fasiliti tersebut telah mengalami kerosakan dan juga menyelesaikan masalah takungan air yang sering menyebabkan pembiakan nyamuk. Pihak Persatuan juga menaik taraf pondok keselamatan supaya persekitaran yang lebih bersih & selesai serta menyelesaikan masalah banjir kilat setiap kali hujan lebat. Setelah program penyelenggaraan pondok sekuriti, para penduk amat berpuas hati dengan wajah baru di kedua-dua pondok sekuriti.