AKTIVITI | KESELAMATAN
(a) Program Keselamatan Komuniti Perdana bertema - Aktiviti Gotong Royong dan Banteras Aedes Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 66


Program ini bertujuan untuk menggalakkan kesedaran tentang situasi Denggi dan mencetuskan tindakan untuk mencegah masalah AEDES. Agenda-agenda meliputi gotong royong pembersihan karangan rumah oleh penduduk, penanaman semula pokok-pokok, Ceramah Pencegahan AEDES, pemeriksaan rumah ke rumah dan Aktiviti untuk Kanak-kanak & Booth pameran. Seramai 80+ penduduk telah mengambil bahagian bersama pasukan MBPJ SEDAR. Penyertaan program ini berasaskan komuniti untuk mengenal pasti cara mengurangkan kes denggi di kawasan perumahan.

Program Banteras Aedes yang dianjurkan oleh Persatuan Pemastautin Bandar Utama 12 ini telah dapat meningkatkan kesedaran Masyarakat penduduk taman ini tentang bahaya penyakit Denggi dan pembanterasan awal AEDES yang lebih berkesan . Program ini telah mencapai matlamat untuk menwujudkan satu masyarakat inclusive yang selamat, resilent dan kehidupan aman.