AKTIVITI | KESELAMATAN
b) Program Pengingkatan Keselamatan - Pembaikian dan pembinaan pagar kawat jenis pagar anti theft di jalan penghujung Lorong belakang Jalan BU12/6 sepanjang 55 meter.


Semenjak Jun tahun 2023 ini, AJK Keselamatan PPBU12 mendapati beberapa pagar kawat di sepanjang lorong Jalan BU12/6 telah runtuh dan tumbang akibat penumbuhan pokok-pokok sekitaran kawasan tersebut.

Masalah ini telah menyebabkan kawasan tersebut terbuka, mudah disasarkan oleh penceroboh dan mengkompromi keselamatan penduduk-penduduk taman Bandar Utama 12.

Jadi, matlamat kami ialah pembinaan semula dengan kadar segera pagar yang lebih kukuh dan arif keselamatan dapat dilaksanakan sebelum inciden-inciden pencerobohan yang tidak wajar berlaku

GPPK telah membiayai RM5,000 dari kos keseluruhan, dan kami telah berjaya membina pagar kawat jenis pagar anti theft sepanjang 55 meter.