AKTIVITI | SOSIAL
PROGRAM PENCEGAHAN KEBAKARAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SRI PELANGI SEKSYEN 32 SHAH ALAM SELANGOR BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT SESKYEN 15 SHAH ALAM SELANGOR.


Program pencegahan kebakaran yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Sri Pelangi Seksyen 32 Shah Alam Selangor bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam telah memberi banyak kesedaran tentang cara-cara memadam kebakaran yang lebih praktikal dan berkesan. Ceramah yang disampaikan oleh penceramah adalah sangat baik dan mudah difahami oleh penduduk komuniti yang dihadiri oleh ibubapa dan anak-anak. Dengan adanya program seperti ini akan lebih memberi kefahaman dan kesedaran mengenai punca-punca kebakaran dan kaedah yang selamat yang dapat dilakukan sekiranya kebakaran berlaku dalam kawasan setempat. Diharap program seperti ini dapat diteruskan lagi agar dapat mewujudkan persekitaran dan kediaman yang selamat daripada kecemasan kebakaran.