AKTIVITI | KESELAMATAN
PROGRAM KESELAMATAN KEBAKARAN BERSAMA JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA


Program yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Pangsapuri Mutiara Perdana Kajang bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kajang dan kerjasama Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Mutiara dapat meningkatkan pengetahuan tentang pemahaman dalam kalangan komuniti tentang aspek-aspek keselamatan dalam pangsapuri dan di kawasan kejiranan setempat. Selain itu, program ini juga dapat memberikan pendedahan kepada komuniti dalam aspek pencegahan dan mengawal kebakaran. Program ini juga dapat meningkatkan kesedaran komuniti setempat dalam mewujudkan persekitaran yang selamat dari situasi kebakaran.