AKTIVITI | KESELAMATAN
Program Keselamatan Komuniti dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (PKD Kuala Langat)
  • PERSATUAN PENDUDUK JALAN PIPIT 5/8 TAMAN BENTARA TPG
  • Penganjur : Persatuan Penduduk Jalan Pipit 5/8 Taman Bentara TPG
  • Lokasi : Jalan Pipit 5/8, Taman Bentara, Kg Kebun Baru Batu 9, 42500 Telok Panglima Garang
  • Tel : 012436040
  • Tarikh : 23/12/2023 - 23/12/2023
  • Masa : 7:00AM - 6:00PM
  • 25


a)   Gotong-royong (kebersihan)

Secara umumnya, objektif Program Gotong-royong Taman Bentara Jalan Pipit 5/8 adalah berlandaskan aspek-aspek yang berkaitan dalam pembentukan sikap hidup bermasyarakat yang unggul, realistik dan holistik supaya para penduduk dapat:

  • Bersama-sama membersih dan menceriakan persekitaran taman perumahan.
  • Mengenali tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melestarikan hidupan flora dan fauna.
  • Membina semangat bekerjasama dalam komuniti.


b)   Forum berkaitan keselamatan kesihatan dan pemeriksaan kesihatan oleh PKD Kuala Langat

  • Perbincangan / perkongsian ilmu bersama Doktor Asyikin
  • Saringan kesihatan penduduk (COMBI) dari Klinik Kesihatan Kebun Baru
  • Mempelajari ilmu pemakanan, gaya hidup sihat & mengamalkannya.


c)   Aktiviti mewarna dan sukaneka untuk anak – anak penduduk Jalan Pipit 5/8

  • Membina daya tumpuan dan pemikiran
  • Membentuk semangat bekerjasama dalam pasukan
  • Mengeratkan pergaulan dan hubungan silaturrahim.