AKTIVITI | SOSIAL
Program Keselamatan Komuniti Flora Damansara Bersama Agensi Keselamatan dan Pihak Berkuasa Tempatan


AGENSI DAN NGO-NGO YANG TERLIBAT SEPERTI BERIKUT;


  1. PERSATUAN PENDUDUK BLOK A FLORA DAMANSARA (PPFD)
  2. MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ)
  3. POLIS DIRAJA MALAYSIA (CAWANGAN DAMANSARA/PETALING JAYA)
  4. JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (DAMANSARA)
  5. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KK KELANA JAYA, PPUM, KLINIK SWASTA)
  6. AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK,PEMADAM)
  7. JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA)
  8. JABATAN PERTAHANAN AWAM MALASIA (JPAM)
  9. YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA (MCPF)
  10. JMB BLOK A&B FLORA DAMANSARA (JMB A&B)
  11. KAWASAN RUKUN TETANGGA FLORA DAMANSARA (KRT FD)
  12. KELAB RAKAN FLORA DAMANSARA (KRFD)
  13. KELAB NGAJI FIQH RAUDAH (RAUDHAH)


RINGKASAN PROGRAM


  • Taklimat dan ceramah dimulakan oleh Dato' Bandar Petaling Jaya. Beliau berterima kasih atas penganjuran program ini. Beliau menitik beratkan penjagaan bangunan, kebersihan dan perparitan dan semua fasiliti awam mahupun persendirian supaya bersih indah dan terhindar dari segala kerosakan dan masalah kesihatan.

 

  • PDRM memberi ceramah dan taklimat berkaitan keselamatan dan pencegahan jenayah. Jenayah boleh terjadi tanpa mengira siapa kita.

 

  • AADK mempamerkan dan menerangkan berkenaan dadah antara kebaikan dan keburukan yang berbagai implikasi dengan dadah sintetik.

 

  • Bomba memberi taklimat pencegahan kebakaran dan penyelamatan serta pertunjukan cara pemadaman api.

 

  • Program saringan kesihatan dan derma darah oleh KKM dari PPUM dan KK kelana Jaya.

 

  • Kursus dan kerjasama antara RELA dan JPAM mengenai pertolongan kecemasan dan bencana awal.


  • Penduduk dan peserta yang hadir bergotong-royong membersihkan kawasan bangunan.


  • Bersurai