AKTIVITI | SOSIAL
Program Hari Kesejahteraan dan Keselamatan Komuniti Bersama Penduduk Residensi Sungai Purun
  • PERSATUAN PENDUDUK RESIDENSI SUNGAI PURUN
  • Penganjur : Persatuan Penduduk Residensi Sungai Purun
  • Lokasi : Taman Awam Residensi Sungai Purun
  • Tel : 0192705970
  • Tarikh : 25/12/2023 - 25/12/2023
  • Masa : 7:30AM - 1:30PM
  • 30


Kerajaan melalui Bajet 2023 telah memperuntukkan Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) kepada Persatuan Penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti kesukarelawanan dan keselamatan komuniti setempat. Sehubungan dengan itu Ahli Jawatankuasa Penduduk Residensi Sungai Purun bersama-sama penduduk telah menyahut seruan ini dengan melaksanakan program Hari Kesejahteraan dan Keselamatan Komuniti Residensi Sungai Purun 2023 pada 25 Disember 2023 dengan peruntukan sebanyak RM10,000.00.


Melalui kerjasama erat daripada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia, Program Sukan dan Rekreasi, Fakulti Pendidikan dan Poliklinik Julia, Taman Prima Saujana, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jaya dan secara keseluruhannya mencapai objektif dalam membantu meningkatkan tahap kesedaran keselamatan dan kesihatan dalam komuniti, pemahaman terhadap penglibatan pertubuhan dan penduduk dalam hal ehwal keselamatan komuniti setempat, memperkasakan peranan pertubuhan serta penduduk dalam mendepani bencana; dan seterusnya membudayakan keselamatan, kesihatan dan kebersihan sebagai tanggungjawab yang harus dipikul dan dilaksanakan bersama-sama secara berterusan.


Penduduk Residensi Sungai Purun mengucap ribuan terima kasih dan berharap program-program seperti ini akan terus dipacu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia melalui peruntukan-peruntukan dan kerjasama pelbagai pihak kearah permerkasaan, kemajuan, keharmonian dan kesejahteraan komuniti.