AKTIVITI | KESELAMATAN
KURSUS BANTUAN AWAL KECEMASAN DAN PENGURUSAN BANJIR


Program yang dianjurkan oleh Persatuan Pemilik dan Penduduk Taman Indah Jaya bersama Angkatan Pertahanan Awam Daerah Hulu Langat dapat meningkatkan pengetahuan tentang pemahaman dalam kalangan komuniti dan Masyarakat sekitar tentang pentingnya langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya terjadi banjir dan bantuan secara betul apabila memberi bantuan awal kecemasan.

Selain itu, program ini juga dapat memberikan pendedahan kepada komuniti dalam pelbagai aspek yang berguna untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat . Program ini juga dapat meningkatkan kesedaran komuniti bagi mewujudkan persekitaran yang selamat jika berlaku banjir di kawasan sekitar tempat tinggal mereka