AKTIVITI | KESELAMATAN
PROGRAM KESEDARAN PENCEGAHAN KEBAKARAN


Program yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Cemsari Indah Saujana Perdana bersama Pasukan Bomba Sukarela Saujana Utama dapat meningkatkan pengetahuan

tentang pemahaman dalam kalangan komuniti tentang aspek-aspek keselamatan di kawasan kejiranan setempat. Selain itu, program ini juga dapat memberikan pendedahan kepada komuniti dalam aspek pencegahan dan mengawal kebakaran. Program ini juga dapat meningkatkan kesedaran komuniti setempat dalam mewujudkan persekitaran yang selamat dari situasi kebakaran.