AKTIVITI | KESELAMATAN
PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAH DALAM KOMUNITI
  • PERSATUAN PENDUDUK PERKAMPUNGAN TERSUSUN JASIN BESTARI
  • Penganjur : PERSATUAN PENDUDUK PERKAMPUNGAN TERSUSUN JASIN BESTARI DENGAN KERJASAMA PDRM DAN TM
  • Lokasi : DEWAN SERBAGUNA IPD JASIN MELAKA
  • Tel : 0186669434
  • Tarikh : 13/01/2024 - 13/01/2024
  • Masa : 9:00AM - 12:30PM
  • 95


Program ini adalah satu program keselamatan yang telah dilaksanakan oleh Persatuan Penduduk Perkampungan Tersusun Jasin Bestari dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Telekom Malaysia (TM).

Ceramah pencegahan jenayah telah disampaikan oleh DSP Nor Azlinda binti Haji Nordin, Pegawai Turus Kepolisan Komuniti bagi mengupas mengenai langkah-langkah utama dalam pencegahan jenayah serta memberi pendedahan berkaitan indeks jenayah yang berlaku di kawasan kami.

Ceramah scammer pula telah disampaikan oleh Insp Muhammad Sufi Bin Saadon (Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Jasin ) bagi memberi info berkaitan trend jenayah komersil yang terkini serta langkah-langkah pencegahan dari mengelakkan diri daripada mangsa.

 

Tujuan program  ini adalah bagi :


1) Meningkatkan pengetahuan ahli Persatuan Penduduk berkenaan kepentingan peranan

mereka dalam  memastikan keselamatan masing masing


2) Memahami peranan yang dimainkan oleh setiap agensi kerajaan yang terlibat dalam aspek keselamatan dan kesejahteraan komuniti


3) Menggalakkan kerjasama antara Persatuan Penduduk  dengan Jabatan/agensi yang berkaitan dalam usaha  meningkatkan tahap keselamatan di kawasan komuniti