AKTIVITI | KESELAMATAN
Program Kesedaraan Keselamatan , Pencegahan Jenayah Dan Kebakaran Bersama Penduduk SS2 Selatan


Program yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Sektor SS2 (Selatan), Petaling Jaya, Selangor bersama Polis SeaPark dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Damansara dapat meningkatkan pengetahuan tentang pemahaman dalam kalangan komuniti tentang aspek-aspek keselamatan di kawasan kejiranan setempat, kesedaran penipuan yang ada dan juga. memberikan pendedahan kepada komuniti dalam aspek pencegahan dan mengawal kebakaran.


Program ini juga dapat meningkatkan kesedaran komuniti setempat dalam keselamatan kejiranan, mencegah jenayah & tidak terjejak dalam penipuan cyber dan juga mewujudkan persekitaran yang selamat dari situasi kebakaran.