AKTIVITI | KESELAMATAN
PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN AWAM BERSMAA KOMUNITI TSDS2


Pada 10 Disember 2023, Persatuan Penduduk Taman Seri Duyong Seksyen 2 bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka telah melaksanakan Program Kesedaran Keselamatan Awam Bersama Komuniti TSDS2 di Dedean Terbuka Taman Seri Duyong Seksyen 2 bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini dapat meningkatkan pengetahuan tentang pemahaman dalam kalangan komuniti tentang aspek-aspek keselamatan di kawasan kejiranan setempat. Selain itu, program ini juga dapat memberikan pendedahan kepada komuniti dalam aspek pencegahan dan mengawal kebakaran. Program ini juga dapat meningkatkan kesedaran komuniti setempat dalam mewujudkan persekitaran yang selamat dari situasi kebakaran.