AKTIVITI | SOSIAL
Ceramah Denggi dan Chikungunya


Catatan : Laporan ini telah dihantar ke Pejabat ROS Negeri Sembilan pada 08 Jun 2022 selepas mendapati penghantaran secara atas talian di platform mysociety.ros.gov. gagal dilaksanakan kerana isu bugs di mana command cut and paste tidak dibenarkan dalam bahagian keterangan di sini. Perkara di atas telah diambil maklum oleh En Azhar Mohd Aris, Pengarah BPTM JPPM pada 9 Jun 2022 yang lepas.

Laporan :

Jumlah peserta dalam ceramah ini seramai 104 orang . Ceramah telah disampaikan oleh Dr Muhd Hazizi Bin Muhd Hasani, iaitu Pakar Perubatan Kesihatan Awam di PKD Seremban. Ceramah ini berjaya memberi kesedaran kepada penduduk tentang bahaya nyamuk aedes (yang boleh membawa maut) dan chikungunya (yang tidak akan membawa maut) seperti menjalankan Program Take 10 Minit untuk mencari dan memusnahkan jejentik nyamuk aedes di dalam rumah dan juga di luar kawasan rumag. Selain itu, beliau juga mencadangkan penduduk membeli spray aerosol agen pembunuh nyamuk jenama XMOS (Nano Kill) yang sangat berkesan dalam membunuh nyamuk aedes. Penggunaan Abate di dalam longkang dan pasu-pasu bunga yang bertakung air juga digalakkan oleh beliau. Secara kesimpulannya program ini berjaya dan mendapat sambutan yang agak positif daripada penduduk. Setelah selesai ceramah semua hadirin dijamu dengan majlis makan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri