AKTIVITI | SOSIAL
A TRANSFORMATIONAL INTERVENTION FOR B40 SJKT PRESCHOOLERS IN PERAK STATE 2022


Projek ini bermatlamat untuk membekal buku kerja bersiri ‘Total Learning Concept’ kepada murid-murid prasekolah di 3 buah prasekolah pilihan SJK(Tamil) di negeri Perak yang berumur 5 dan 6 tahun. Murid-murid ini terdiri daripada keluarga yang tergolong dalam kategori B40 yang kurang berkemampuan untuk membeli buku-buku tambahan untuk menguatkan asas pembelajaran anak-anak mereka diprasekolah.


Oleh yang demikian, pihak PPHKK telah mengambil keputusan dalam satu mesyuarat mereka untuk membantu kumpulan ini dan setelah membuat kajian memilih 3 buah prasekolah untuk diberi tumpuan dalam intervensi ini.

 

Objektif membekal buku-buku kerja ini ialah supaya usaha ini dapat membantu para murid untuk mengukuhkan asas pembelajaran mereka seperti mengira, mewarna, menulis, mengeja dan membaca. Buku-buku ini juga akan membantu para guru untuk kurang meyediakan pelajaran harian mereka dan tumpukan lebih banyak masa dengan berinteraksi dengan murid-murid masing-masing di kelas. Secara keseluruhan, usaha ini akan dapat membantu mengukuhkan sistem pengajaran dan pedagogi yang sedia ada dalam cara pembelajaran di prasekolah-prasekolah itu.