AKTIVITI | KEBAJIKAN
Hari Pesakit Dialysis 2022


Disebabkan oleh insiden penyakit buat pinggang yang agak tinggi di Negeri Sabah, Persatuan Buah Pinggang Sabah telah ditubuhkan dan didaftarkan dengan nombor Pendaftaran 122/94 (Sabah) pada 29 Disember 1994. Penubuhannya mendapat galakan dan sokongan dari Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Penguna Sabah (dahulu dikenali sebagai Kementerian Perkhidmatan Sosial Sabah) serta bantuan dari badan bukan kerajaan, Kelab Lions Kota Kinabalu Mandarin.

Persatuan Buah Pinggang Sabah, adalah pertubuhan amal yang berdaftar dan bukan untuk keuntungan. Objektif utama penubuhannya adalah memberi rawatan dan bantuan kepada para pesakit buah pinggang serta menyampaikan maklumat mengenai penyakit buah pinggang dan cara-cara pencegahannya.