AKTIVITI | SOSIAL
Seminar Pendidikan (Siri Pertama) : Fokus Matematik Tambahan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2022 Bersama Dengan Sir Fathi Daripada MC-Plus.my


Program ini dianjurkan dengan objektif untuk memantapkan penguasaan dan pemahaman dalam subjek Matematik Tambahan di kalangan pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2022. Penganjuran Program ini juga bertujuan untuk membantu pelajar membuat ulangkaji dengan berkesan dan efektif (smart study) dengan bimbingan guru pakar yang berpengalaman di samping berkongsi teknik menjawab soalan dengan betul dan tepat mengikut kehendak peperiksaan. Semoga penganjuran Program ini dapat memberikan dorongan dan motivasi kepada pelajar yang merupakan anak-anak Ahli PUSPANITA dan penjawat awam untuk berjaya dengan cemerlang.