AKTIVITI | REKREASI
PROGRAM KECERGASAN DAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT KELAB KEBAJIKAN DAN SUKA RELA N.SEMBILAN


Menerusi program Kelab Kebajikan dan Sukan RELA Negeri Sembila yang tlah dirancang, antara lain adalah bertujuan untuk membina ukhwah dan mengeratkan hubungan silaturrahim semua ahli kelab. Pembangunan modal insan turut diambil kira agar objektif Program Kecergasan Dan Amalan Hidup Sihat dapat dicapai pada semua peringkat ahli serta jawatan kuasa kelab.


Aktiviti yang dirancang ini telah dilaksanakan di kawasan Hutan Simpan Jkin Extreme Park, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada tarikh 01 Oktober 2022 . Aktiviti di mulakan dengan taklimat dari pihak Pengurusan Jkin Park kepada semua peserta dan seterusnya sesi senaman bagi regangan otot untuk peserta sebelum di pecahkan kepada beberpa kumpulan kecil bagi memudahkan pengiliran setiap aktiviti yang di buat. Antara aktiviti yang telah di jalankan seperti "flying fox" , menungang ATV dan buaian extreme bertujuan memupuk kerjasama semua peserta selain melihat keindahan hutan semulajadi yang terdapat disekitar program dijalankan,.


Program ini telah di sempurnakan oleh Pengarah RELA Negeri, Negeri Sembilan PPjKR MUHAMMAD FAIZ BIN MUSA sebagai simbolik perasmian dan menyampaian cenderahati kepada peserta-peserta yang terlibat.