AKTIVITI | SOSIAL
Kelas Demonstrasi Masakan (Siri Kedua) Pembuatan Roti Jala Jelita


Program ini dianjurkan dengan objektif untuk memperkayakan ilmu pengetahuan, kemahiran serta kreativiti Ahli-Ahli PUSPANITA dalam bidang masakan, ekonomi dan keusahawanan di samping memberi peluang dan pengalaman kepada peserta untuk mempelajari resipi, teknik dan dekorasi membuat Roti Jala Jelita bagi menjana pendapatan tambahan. Program ini juga diadakan sebagai tanda sokongan PUSPANITA Daerah Timur Laut terhadap minat Ahli-Ahli PUSPANITA dalam bidang masakan. Diharapkan penganjuran program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan Ahli-Ahli PUSPANITA.