AKTIVITI | SOSIAL
PROGRAM GOTONG ROYONG KEJIRANAN PENDUDUK INDAHPARK ZON24


Program Gotong-Royong Kejiranan Indahpark Zon24 ini telah dianjurkan oleh Pihak Persatuan bagi menyeru penduduk agar bersama-sama menjaga dan memelihara alam sekitar di kawasan kejiranan IndahPark Zon24.Terdapat beberapa objektif yang telah berjaya dicapai melalui program ini, antaranya ialah program ini telah memupuk kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dalam kalangan penduduk serta mewujudkan persekitaran yang bersih dan ceria di kawasan Taman Permainan IndahPark Zon24. Selain itu, melalui aktiviti gotong-royong ini juga telah merapatkan silaturahim dan membina kepersefahaman di kalangan penduduk Indahpark Zon 24. Seterusnya, program ini telah mendidik kepentingan untuk menjaga alam sekitar serta meningkatkan semangat cinta alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini sangat penting supaya generasi akan datang dapat meneruskan dan meningkatkan semangat penjagaan alam sekitar untuk memberikan impak yang positif. Di samping itu, aktiviti gotong-royong ini juga telah dapat mengurangkan risiko pembiakan nyamuk aedes dan mengurangkan risiko pembiakan nyamuk aedes serta akan dapat mengurangkan kes demam denggi di kawasan IndahPark Zon24 di masa hadapan.