AKTIVITI | SOSIAL
KEMPEN KOMUNITI SIHAT, GENERASI CERGAS "DERMA DARAH BAGI KANAK-KANAK PENGHIDAP TALASEMIA"
  • PERTUBUHAN PERPADUAN PENAMPANG
  • Penganjur : PERTUBUHAN PERPADUAN PENAMPANG DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA SABAH DAN PEMADAM NEGERI SABAH,
  • Lokasi : BUHAVAN SQUARE DONGGONGON, PENAMPANG
  • Tel : 0165874074
  • Tarikh : 11/06/2022 - 11/06/2022
  • Masa : 8:00AM - 4:00PM
  • 178


PENAMPANG : Pertubuhan Perpaduan Penampang (PPP) dengan Kerjasama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Sabah dan PEMADAM Negeri Sabah telah menganjurkan Kempen Komuniti Sihat, Generasi Cergas bertempat di Buhavan Square Donggongon, Penampang.


Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah. Antara pengisian Program ialah ceramah antidadah, pertandingan mewarna, menderma darah, pemeriksaan kesihatan percuma, semak daftar pemilih dan pameran-pameran dari Agensi-Agensi kerajaan dan badan bukan Kerajaan (NGO) seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pusat Ekonomi Digital (PEDi) KOSPEN dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Penampang. 


Objektif program adalah bertujuan membawa perkhidmatan kerajaan terus kepada komuniti selain daripada membantu pihak Hospital untuk mengumpul bekalan darah Untuk tujuan membantu mereka yang memerlukan. 


Kerjasama di antara Agensi-Agensi kerajaan dan NGO adalah sangat bertepatan dengan hasrat program ini dalam memberi kesedaran awam dan menyampaikan perkhidmatan kepada komuniti. Jabatan kerajaan yang membuka booth pameran seperti Suruhanjaya Pilihan Raya Sabah dan PEMADAM Negeri Sabah juga sangat bermanfaat untuk menyebarkan perkhidmatan mereka" . 


Program ini berjaya mengumpul 56 beg darah melalui bantuan Unit Tabung Darah hospital darah Beaufort dan turut menerima sumbangan daripada Kim Teck Cheong Sdn. Bhd. berupa 300 bungkus roti kok untuk di salurkan kepada Penderma-Penderma darah dan petugas-petugas sukarelawan yang hadir untuk menjayakan kempen ini. 


Turut bersama dalam kempen kesihatan ini, Tuan Rudy Jeckrey Jikinon, Presiden PPP, Tuan John Chryso Masabal, Naib Presiden KDCA dan Encik Abdul Hanip Yusop, Pegawai PEMADAM Sabah.