AKTIVITI | SOSIAL
SANTAI MERDEKA (Pembentukan Jati Diri Pasukan Belia Menghadapi Bencana)


NAMA PROGRAM : PROGRAM SANTAI MERDEKA (PENGGANTIAN PROGRAM BRIGED KESUKARELAWANAN BELIA


TARIKH PELAKSANAAN : 24 – 26 OGOS 2022 (2 HARI)


JUMLAH PESERTA : 40 ORANG


PENGENALAN


Dalam usaha Persatuan Penduduk Kampung Linau untuk membentuk jati diri golongan belia dalam mengharungi bencana banjir yang sering menimpa penduduk kampung. Adalah menjadi perbincangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Program bahawa Program Briged Kesukarelawan Belia tidak dapat dilaksanakan dan digantikan dengan Program Santai Anak Merdeka. Penukaran Program adalah mengambil kira persiapan jasmani dan mental yang perlu untuk dipersiapkan menghadapai apa sahaja bencana termasuk banjir. Program ini dibuat adalah bertujuan untuk membina semangat perpaduan dan jati diri disamping semangat patriotik belia terhadap erti kemerdekaan dengan semangat perpaduan dan toleransi diantara 2 daerah Kota Belud - Ranau. Program ini juga dilaksanakan bagi menyemai betapa perlunya generasi muda berganding bahu memerangi apa sahaja bentuk bencana alam selain bajir dan wabak corona virus-19 yang banyak memberi impak yang besar kepada perubahan ekonomi dan penjagaan kesihatan di seluruh dunia. Program Santai Merdeka ini juga bertujuan untuk mengajak belia mewujudkan ikatan persahabatan melalui sukan diantara Kota Belud disamping dapat belajar mendepani hidup yang mencabar di abad ini. Program-program seperti ini bakal mendidik para belia untuk survival, berdikari, kerja berpasukan ( team work ) dan menyelesaikan masalah dari percambahan buah fikiran.

 

OBJEKTIF

v Membangkitkan kesedaran kemerdekaan

v Membina daya tahan mental dan fizikal dikalangan peserta sebagai bekalan menghadapi masalah dan cabaran bencana banjir.

v Membangkitkan kesedaran dan semangat kerja berkumpulan diantara belia.

v Meningkatkan keyakinan diri serta kreativiti melalui multi-skill dalam menjalani proses kehidupan.

v Menanam sikap tanggungjawab kepada amanah dan arahan disamping menghargai dan memulihara alam semulajadi.

v Mengenal potensi diri sendiri serta yakin dengan kemampuan yang dimiliki.

 

 

MATLAMAT

Melahirkan generasi yang sentiasa bersatu hati dalam mempersiapkan pasukan menghadapi bencana banjir, memahami erti kemerdekaan dan membentuk ikatan ukhuwan persahabatan yang kukuh diantara 2 daerah Kota Belud- Ranau.

 

MAKLUMAT PROGRAM

TAJUK PROGRAM     : PROGRAM SANTAI MERDEKA (PEMBENTUKAN JATI DIRI

   MENGHADAPI BENCANA

ANJURAN                  : PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG LINAU

TARIKH PROGRAM   : 24 DAN 25 OGOS 2022

TEMPAT                    : RANAU SABAH

PENYERTAAN            : Belia Kampung Linau dan Kelab Belia Ranau

PROGRAM                 :

-       PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR KOTA BELUD - RANAU

-       PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG

-       JALINAN UKHUWAH BELIA KAMPUNG LINAU – BELIA RANAU


SASARAN                   : KOMUNITI BELIA KAMPUNG LINAU

 

 

 MINIT MESYUARAT PROGRAM SANTAI MERDEKA

 

TARIKH           :          16hb Ogos 2022

MASA             :          2.00 PETANG

TEMPAT         :          YICK MING COMMERCIAL CENTRE

 

KEHADIRAN                                                               

1. MUHAMMAD ADI AHMAD BIN MOHD AZLAN                            

2. MUHAMMAD ADNAN BIN SOREK                                    

3. MOHD HANAFIE BIN GANDING    

4. MOHD FADLI BIN ABD MALIK                                            

5. MOHAMAD NAJMI BIN JUMATIN

6. MOHD FIRDAUS BIN MUJIN

7. ABD RAHIM BIN RUBATIN

8. AFZAN SHARI BIN GHAFAR@EPAR

9. MOHD ISKANDAR BIN KAPLI

10. MOHD ADAM BIN ASMIRUL

11. MOHD ALFAYYID BIN ALHIKMAH

12. MOHD SYAFIK BIN SOUD

13. MOHD FAYDZUL BIN ABD MALIK

14. MAZSAFFWAN BIN MIDLAN

15. ARSHADILLA BIN ARSHAD

 

 

 

1.        UCAPAN PENGERUSI

 

 

1.1      En. Mohd Hanafie bin Ganding selaku pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan doa yang dipimpin oleh beliau sendiri dan seterusnya mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada yang menghadirkan diri

 

1.2      Surat panggilan mesyuarat akan dikeluarkan kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Penduduk Kampung Linau.

 

 2.       AGENDA

i          Penukaran Program Briged kesukarelawan Belia kepada Santai Merdeka

           Ii         Sumber kewangan

           Iii        Hal hal lain

 

2.2      Tuan pengerusi memberikan penerangan bahawa Persatuan Penduduk Kampung Linau akan mengadakan program Santai Merdeka yang dicadangkan akan direalisasikan pada 24 & 25 OGOS 2022 bagi mengantikan program asal Briged Kesukarelawan Belia. Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa progam sebelum ini tidak dapat dilaksanakan memandangkan pembentukan jati diri peserta perlu dimantapkan dan perpaduan dikalangan mereka perlu dipereratkan sebelum apa-apa program yang melibatkan kesukarelawanan di kampung ini. Usul beliau telah ditambah oleh En. Mohamad Iskandar bin Kapli bahawa peninggian jalan raya dan pembinaan perparitan kini sedang giat dijalankan bagi mengurangkan bencana banjir di kampung ini. Program ini adalah platform, terbaik sebelum pelaksanaan pembentukan kesukarelawanan memandangkan ia melibatkan perpaduan dan kerjasama dikalangan belia yang amat diperlukan untuk kesiapsiagan pasukan belia menghadapi bencana banjir. En. Mazsaffwan bin Midlan telah menambah cadangan agar program itu nanti akan melibatkan perlawanan persahabatan bola tampar antara Kota Belud -Ranau sebagai usaha menyatupadukan belia antara 2 daerah. Usul ini telah disokong sebulat suara oleh semua ahli pada hari ini.

 

2.3      Tuan pengerusi memaklumkan bahawa dana bagi pelaksanaan program adalah berjumlah RM10,000.00 yang telah diluluskan melalui penyaluran Geran Komuniti Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) . Tuan Pengerusi akan menyerahkan bantuan dana tersebut kepada Bendahari Persatuan Penduduk Kampung Linau untuk tujuan pengeluaran belanja program itu nanti. Usul tersebut dipersetujui oleh semua ahli.

 

2.4      Tuan Pengerusi telah memberi peluang kepada sesiapa diantara ahli yang mempunyai cadangan lain. Semua ahli bersetuju dengan semua perkara yang dibincangkan dan tidak mempunyai cadangan lain.

3         PENUTUP


Pengerusi mengucapkan ruibuan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua yang hadir

3.1      Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang


TENTATIF PROGRAM

 

24.08.2022


8.00pagi- 9.00pagi

MINUM PAGI DAN PENDAFTARAN PESERTA

 

9.00 pagi- 9.30pagi

BACAAN DOA DAN TAKLIMAT PROGRAM

 

9.30pagi-11.30pagi

PESERTA BERTOLAK KE DESTINASI YANG DITUJUI (KIBARAN JALUR GEMILANG)

 

11.30pagi-12.00tengahari

PESERTA TIBA DI DESTINASI DAN MENYIMPAN SEGALA PERKAKASAN

 

12.00tengahari-12.35tengahari

SEMBAHYANG ZOHOR

 

12.35tengahari-2.00petang

MAKAN TENGAHARI

 

2.00petang-3.00petang

AKTIVITI BELIA

 

3.00petang-3.30petang

SEMBAHYANG ASAR

 

3.30petang-4.30petang

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR ANTARA BELIA KAMPUNG LINAU DAN RANAU

 

4.30petang-6.10petang

REHAT

 

6.10petang-6.40petang

SEMBAHYANG MAGHRIB

 

6.40petang-7.30malam

SANTAI BELIA

 

7.30malam-7.45malam

SEMBAHYANG ISHAK

 

7.45malam-8.30malam

MAKAN MALAM

 

8.30malam-9.30malam

MOTIVASI DARI PENGARAH PROGRAM

 

9.30malam-11.00malam

PENYAMPAIAN HEMPER

 

11.00malam-4.30

REHAT

25.08.2022

 

4.30pagi

SEMBAHYANG SUBUH

 

7.30pagi-8.00pagi

SARAPAN PAGI

 

8.00pagi-11.30pagi

PROGRAM UKHUWAH BELIA KAMPUNG LINAU DAN RANAU

 

11.30pagi-12.00tengahari

REHAT

 

12.15ptg

SEMBAHYANG ZOHOR

 

12.50tengahari-1.00petang

MAKAN TENGAHARI

 

1.00petang-2.00petang

PESERTA BERKEMAS DAN GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN TEMPAT TINGGAL

 

2.00petang – 2.30petang

SESI PEMBENTANGAN PROGRAM

 

2.30petang-2.50petang

PENUTUPAN PROGRAM

 

3.00petang

PESERTA BERTOLAK