AKTIVITI | SOSIAL
KARNIVAL SENI DAN BUDAYA 2022 PERINGKAT DAERAH PENAMPANG "KOMUNITI SIHAT,GENERASI CERGAS"
  • PERTUBUHAN PERPADUAN PENAMPANG
  • Penganjur : PERTUBUHAN PERPADUAN PENAMPANG
  • Lokasi : BUHAVAN SQUARE DONGGONGON,PENAMPANG
  • Tel : 0165874074
  • Tarikh : 02/10/2022 - 02/10/2022
  • Masa : 8:00AM - 3:00PM
  • 174


02 Oktober 20222 / KARNIVAL KESENIAN & KEBUDAYAAN PERINGKAT DAERAH PENAMPANG 2022 "KOMUNITI SIHAT, GENERASI CERGAS" / BUHAVAN SQUARE PENAMPANG.


Pertubuhan Perpaduan Penampang (PPP) dengan Kerjasama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Sabah, dan JPTP Terawi Penampang telah menganjurkan Karnival Kesenian & Kebudayaan Peringkat Daerah Penampang.


Pengisian Program terdiri daripada Pertandingan memalu gong kategori 35 tahun kebawah dan kategori 15 tahun ke bawah, Pertandingan Fesyen KDMR Moden kategori kanak-kanak 6 tahun kebawah, Pertandingan Mewarna & Pertandingan tarian Sumazau. Selain itu Terdapat juga pameran-pameran dan cabutan nama pengunjung bertuah.


Objektif program adalah untuk menerapkan Perpaduan di kalangan komuniti dalam memberi kesedaran awam tentang betapa pentingnya generasi masa kini yang terdiri daripada komuniti sekitar daerah Penampang serta kanak-kanak di peringkat awal persekolahan bagi memupuk minat yang mendalami terhadap Kesenian & Kebudayaan bangsa Sabah khususnya di daerah Penampang.


Terima Kasih Yang Berhormat Datuk Julita Majungki, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang diwakili Yang Berbahagia Tuan John Chryso Masabal selaku Naib Presiden KDCA Penampang atas sokongan dan tidak lupa juga kepada semua dif-dif kehormat serta Ngo-Ngo, Jabatan dan Agensi Kerajaan di Daerah Penampang kerana menyokong program ini.